Friday, June 12, 2009

Prakata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ada pengalaman manis lagi berharga yang mahu dikongsikan. Sejak di alam persekolahan hingga kini, saya dapati ramai pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Ada juga pelajar yang meminati Matematik tetapi tidak pernah mencapai kejayaan yang diharapkan. Ada pelajar yang terus takut untuk mencuba kerana digambarkan bahawa Matematik itu susah. Mereka mendapat gambaran ngeri daripada pejuang yang tewas.

Saya ingin menjawab semua masalah dan ketakutan itu melalui cerita RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Cerita yang saya paparkan ini adalah kisah benar yang saya telah alami sewaku di alam persekolahan dahulu. Walaupun lebih 36 tahun telah berlalu tetapi masih segar dalam ingatan saya. Pada mulanya prestasi saya dalam mata pelajaran Matematik hanya pada tahap biasa sahaja. Sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM, saya mendengar satu temuramah radio dengan seorang pelajar sekolah asrama penuh yang mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Beliau menerangkan kaedah belajar Matematik sehingga berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Sejak itu saya jadikan pelajar itu idola saya. Saya cuba ikuti apa yang telah dilakukannya. Rupanya saya juga berjaya mengecap kecemerlangan itu setelah meniru kaedah beliau melepasi cabaran. Saya telah berjaya melepasi satu cabaran besar. Saya bukanlah seorang yang pandai tetapi saya berjaya mengubah sikap serta mengubah kaedah belajar Matematik. Saya bersyukur kerana diberi kekuatan itu.

Saya menyimpulkan bahawa perubahan ke arah sesuatu kecemerlangan itu mestilah bermula daripada perubahan sikap kita sendiri. Saya tidak berniat angkat bakul tetapi mahu berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Gunakanlah pengalaman orang yang menang. Insyallah anda juga akan mengecapi kecemerlangan.

Selamat membaca.

Yahya bin Zainal Abidin
104, Kampung Sentosa, Maran, Pahang
21 J’awal 1430 Hijrah / 16 Mei 2009

3 comments:

  1. Selamat menulis cikgu, semoga dunia blogger Malaysia lebih ceria dengan kehadiran cikgu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kata-kata semangat itu.

    ReplyDelete
  3. Cikgu Yahya,
    Ada Cikgu post komen dalam Blog saya - dah lama dulu - dan saya cuba mencarinya. Malang sungguh, tak dapat. Rupa-rupaya Cikgu tersalah tulis alamat Blog: kesilapannya ialah blogspot Cikgu tulis blokspot... Baru berjumpa yang 'bener' pagi ini.

    Salam.

    ReplyDelete